Hari ini Cikgu Saffone akan berkongsi mengenai kejayaan. Apa yang kita faham tentang kejayaan? Kejayaan ada banyak dan pelbagai. Bagi mereka yang buat baik, setelah berjaya, ia satu kejayaan. Bagi yang buat jahat, setelah berjaya, ia juga kejayaan. Yang mana satu pilihan anda? Yang baik atau yang jahat? Apa pun yang anda fikir dan mahu lakukan, ia bergantung kepada anda sendiri. Tetapi bagi Cikgu Saffone, kejayaan hanya kepada perkara baik yang kita lakukan kepada diri, keluarga, masyarakat, bangsa, agama dan negara. Dan bagaimana ingin berjaya? Di sini, Cikgu Saffone memberi sedikit tips yang boleh diaplikasikan. Antaranya ialah:
- Sentiasa berfikiran positif untuk berjaya
- Jika gagal sekali, bukan bermakna kita telah gagal tetapi ia adalah permulaan kepada kejayaan
- Jadikan cabaran sebagai momentum untuk menggerakkan kita ke hadapan
- Sentiasa refkelsi diri untuk penambahbaikkan
- Jangan mudah berputus asa
- Berusaha kuat dan teruskan berusaha
Dilain masa, Cikgu Saffone akan berkongsi lagi. Semoga tips yang diberikan akan meransang anda semua untuk lakukan yang terbaik demi kejayaan dalam bidang apa jua yang anda ceburi. Cikgu Saffone sentiasa mendoakan kejayaan dan kecemerlangan anda semua. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment