Cikgu Saffone dilahirakan pada 6 Mac di Taiping, Perak. Mendapat pendidikan awal di Sek. Keb. Bendang Siam dan seterusnya peringkat menengah di Sek. Men. Keb. Dato' Wah Ahmad Rasdi. Selepas tamat SPM, Cikgu Saffone menyambung pelajaran dalam bidang diploma di Universiti Putra Malaysia. Tamat sahaja diploma, Cikgu Saffone teruskan peringkat sarjana muda dalam bidang Bimbingan dan Kaunseling di universiti yang sama. Sepanjang di UPM, Cikgu Saffone aktif dengan pelbagai persatuan. Pernah menjawat jawatan Presiden Kelab Mahasiswa Bimbingan dan Kaunseling, Ahli Persatuan Kaunseling Malaysia, dan kini sebagai Presiden Kelab Al-Biruni UPM. Cikgu Saffone kini sedang berkhidmat sebagai guru pelatih di SMK Seksyen 11, Shah Alam. Setelah tamat berpraktikal, InsyaAllah, Cikgu Saffone dalam perancangan menyambung pengajian di peringkat sarjana.
No comments:
Post a Comment